Bebby & Badul Wedding
Photo kahwin ternyata memerlukan peralatan yang sempurna untuk dilaksanakan. Pada 12 Disember lepas saya diundang ke majlis perkahwinan kakak Farey iatu Bebby dan pasangannya Badul. Sebab utama saya diundang adalah kerana ketiadaan juru gambar lain. Maklumlah tarikh yang menarik untuk mengadakan hari bersejarah ini penuh ditempah dengan majlis-majlis perkahwinan. Dan tentunya memerlukan juru gambar :). Dengan tiada pilihan lain saya mempersetujui jawatan sebagi juru gambar untuk perkahwinan ini. Saya hanya berbekal sebuah nikon tanpa bantuan alat-alat lain seperti speed light dan seumpamanya memulakan tugas. Kerja-kerja photography dalam erti kata lain portraiture amatlah susah jika tidak dipraktikkal selalu. Ini kerana kita berhadapan dengan client secara terus. Interaksi sesama client amatlah diperlukan. Ini merupakan pengalaman awal saya dalam bidang wedding photography dan amatlah kekurangan kemahiran. Di harap selepas ini dapat menajamkan lagi kemahiran berhadapan dengan client dalam bidang portraiture. Perjalanan masih jauh lagi hahahahaha. Di bawah merupakan antara gambar yang ditangkap semasa majlis berlangsung.