Dusk at Sipitang
Perjalanan dari Lawas ke Sipitang mengambil masa 45 minit. Sipitang adalah pekan tepi pantai antara yang menjadi tarikan penduduk setempat untuk menghabiskan masa berekreasi bersama kawan mahupun keluarga. Sipitang juga menjadi tumpuan para hunter photography kerana keadaan geographynya melawan arah matahari di waktu petang. Ini menghasilkan pelbagai idea untuk para hunter. Pencarian lokasi amatlah terhad kerana keadaan pantai yang pendek dan kurang subjek. Gambar dibawah dihasilkan dengan menggunakan shutter yang perlahan bagi memberikan feel dramatik ombak laut. Subjek jeti digunakan dan foreground jeti untuk mengisi kekosongan dalam gambar. Banyak kecacatan dilihat dalam gambar, tapi semua adalah pembelajaran semata-mata. Latihan yang banyak diperlukan untuk mendapat hasil yang memuaskan.
Untuk gambar berskala besar, boleh la melawati alamat flickr saya.