Learning Flower shot
Bunga memang pelbagai. Setiap inci bunga mempunyai detail-detailnya tersendiri. Hari ini saya mencuba untuk mangambil gambar bunga tepi rumah. Bunga mak saya hahahahahaha!!!. Selepas saya membaca artikel dalam majalah Digital Camera Magazine UK version, terdapat beberapa element penting semasa menangkap dan menghasilkan imej yang menarik untuk bunga.
1. Lens
Untuk menangkap dan menghasilkan imej yang menarik. Komposisi bunga haruslah menepati cita rasa penggambar sendiri. Untuk menghasilkan imej yang berkualiti khas untuk kerja ini memang ialah Macro lens. Macro lens terdapat pelbagai jenis. Maybe korang ader kan?? hahahha. Saya hanya experiment dengan kit lens 18-55mm saya :P. Contoh terbaik dan murah mungkin dari jenama Tamron iaitu 90mm f2.8. Lens tersebut affordable la sikit... dari lens-lens pro yang terdapat di pasaran sekarang. Dan jangan lupa untuk macro lebih baik menggunakan manual focusing supaya titik fokus dapat dipilih mengikut citarasa.
![]() |
Tamron SP AF 90mm f/2.8 Di Macro lens lebih murah berbanding lens macro lain. |
2. Lighting
Untuk pencahayaan macro photography, biasanya DIY lighting menjadi pilihan kerana teknik ini akan memberikan pencahayaan yang baik kepada subjek. Contoh terbaik buatan sendiri adalah seperti link yang terdapat pada post saya sebelum ini mengenai DIY lighting :). klik sini.
3. Detail
Macro photography adalah mengenai detail semata-mata. Oleh sebab itu korang selalu tengok mata lalat la, urat bunga la, semut mkan la, titisan air la, sebab suma tu mempunyai detail yang sangat halus tak dapat dilihat oleh mata kasar. Untuk eksperiment saya kali ini, bunga tepi rumah mak tanam jadi mangsa hahhahah. Saya mencuba untuk fokus ke tengah bunga sebagai subjek utama.
4. Props
Contoh prop adalah seperti cardboard pelbagai warna sebagai background subjek atau renjisan air pada subjek( seperti yang saya buat kat bunga mak tuh). dan berbagai.
5. The Fruit
Bunga mak saya petik dan letak kat tunggul kayu berhampiran supaya tiada pergerakan yang tidak diingini berlaku. Untuk hasil yang baik digalakkan untuk menggunakan tripod supaya titik fokus dapat direkod semasa mencari detail yang diingini. Dibawah adalah hasil terbaik petang tadi(main-main tepi umah lepas keja part time).